MENCIPTA LIRIK LAGU
Tugasan :
1. Cipta lirik lagu anda sendiri (mesti ORi punya!)
2. Nyatakan lagu tersebut yg ingin anda tujukan khas kepada sesiapa artis di Malaysia sahaja..
3. Nyatakan penerangan or kisah disebalik lagu tersebut.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk: Mimpi Kisah Cinta
Original made by: Ady
MIMPI KISAH CINTA
Pertemuan,
Mengingatkan kisah cinta yang membara,
Menerangi langit malam itu.
Terkaku langkahku
pabila kau mendekatiku
Teringatkan,
Saat kita berdua dalam bercinta,
Detik terucapkan kata indah
Terkelu, membisu
Pabila kau mendekatiku
Chorus:
Mimpi, takkan berulang lagi
Dan cinta takkan berputik sinarnya
Hanya kita berdua yang akan mampu
Mengubahkan segala,
Mimpi kisah cinta…
Bridge:
Ku harungi semua ini,
Mengapai cinta di hati.
Mimpi menjadi realiti…..
Wohoooo…
Pink: Mila Red: Dafi Orange: Together
Description: Lagu ni sbenarnya lagu duet dan ditujukan khas kepada DAFI dan MILA. Lagu ni jgk merupakan "OST" utk novel (x siap2 lagi) hasil karya ady sendiri yg bertajuk "Mimpi Kisah Cinta". Wah.. besarnya angan2... hahha..
Btw, ady xmungkin dapat siapkan. 10 tahun akan datang kot.. haha
Ceritanya mengisahkan Syamila, merupakan anak desa yang tinggal di kawasan pendalaman bersama ibunya,Mak Hamidah, bapanya, Haji Taib dan abangnya, Iwan. Mak Hamidah merupakan seorang bidan yg terkenal di Kampung Busut. Di sekolah, Syamila yg baru sahaja berumur 10 tahun bertemu dengan Gadaffi, seorang budak lelaki yg sebaya dengannya. Syamila dan Gadaffi sering bertikam lidah sehinggalah terdetik perasaan kasih sayang diantara mereka.
Namun, pertukaran tempat kerja orang tua Gadaffi ke bandar memisahkan Syamila dengannya membuatkan Syamila kecewa. Syamila bertekad untuk menemui Gadaffi di bandar seletah umurnya 20 tahun. Apa yang diharapkan cintanya hancur berkecai apabila menemui Gadaffi sudah mempunyai teman wanita bernama Fatin. Syamila harus merebut cintanya kembali. Kebetulan, Syamila dan Gadaffi ditemukan dalam satu kampus. Pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Syamila sewaktu berada di kampus antaranya sikap Gadaffi yang berubah kepadanya dan helah Fatin utk menggugurkannya. Mampukah Syamila mempertahankan cinta sejatinya terhadap Gadaffi? Nk tau sambunglah citer tu ngan imaginasi korang!.. LOL
Trivia:
-Lagu ni sbnarnya dah lame ady ciptakan sejak form 4..
-Lagu ni jgak dah ade melodinye tp sayang ady xpandai rakamkan melodinye. (nk nyanyi sore ntah ape2)
-Lagu ni dicipta dlm masa beberapa hari saja.
Ok.. skrg ni tibalah masanya utk ady tag korang!! ngahahahahaa...org yg ditag ialah~
1. Nad_CMOD
2.Sakura_CMOD
3.Mond_CMOD
buat jgn x buat!! XD
0 comments:
Catat Ulasan